Tiga pakej lawatan berpandu iaitu 'Kelantan Sightseeing Tour', 'Kelantan Panaromic Tour' dan 'Kelantan Saturday Fun' yang akan dilancarkan September ini, dijangka akan menyemarakkan lagi sektor pelancongan di Kelantan.


Ketua Zon Timur Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) Mimi Rodiah Abd Rahmat berkata, untuk tujuan itu seramai tujuh pemandu pelancong dilantik bagi memberi penerangan mengenai semua destinasi yang dilawat.


Menurut beliau, kesemua mereka yang dipilih daripada 21 pemandu pelancong berlesen di negeri itu berdasarkan kepada pengetahuan yang luas mengenai lokasi, mahir dalam pelbagai bahasa terutamanya bahasa Inggeris, selain fokus kepada bidang yang diceburi.


Bayaran yang dikenakan ialah RM80 bagi dewasa dan RM40 bagi kanak-kan berusia antara empat hingga 11 tahun. Namun, bermula hari ini hingga 31 Dis, kita sediakan promosi separuh harga untuk kedua-duanya.


Post a Comment