Sektor perhotelan di Langkawi menerima 1,000 tempahan daripada pelancong domestik sebaik sahaja aktiviti untuk merentas negeri dan melancong dibenarkan kerajaan bermula 10 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir menyifatkan perkembangan tersebut sebagai permulaan positif bagi industri pelancongan bangkit semula selepas berbulan mengalami kemerosotan impak pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas beliau pada Ahad memaklumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Besyarat (PKPD) yang berakhir 9 Jun ini akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

Lebih banyak kelonggaran diberikan sepanjang tempoh PKPP termasuk kebenaran rentas negeri dan pelancongan domestik namun harus mematuhi SOP yang ditetapkan.

Mahu melancong ke Langkawi, buat tempahan hotel sekarang sementara masih ada promosi.


Post a Comment