Photo : Alex Chan

SELAIN perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan secara besar-besaran di Sabah, Pesta Kalimaran iaitu perayaan tahunan bagi suku kaum Murut antara tarikan unik dalam memperkenalkan budaya sesuatu etnik di negeri itu.


Pesta Kalimaran merujuk kepada aktiviti pembuatan kraf tangan Murut yang dipercayai berasal daripada peristiwa legenda tersohor iaitu pengorbanan seorang gadis Murut, Ralaa yang mengorbankan dirinya untuk dijadikan benih padi ladang abangnya.


Menurut cerita masyarakat etnik itu, gadis berkenaan sebelum dikorbankan gigih me­ngeluarkan pelbagai hasil kraf tangan menggunakan bahan asas buluh, rotan dan bemban. Kerja terakhir Ralaa ialah menenun kain sampoi menggunakan benang daripada akar pokok timahan.


Sebelum ini, tiada tarikh yang tetap dalam meraikan pesta berkenaan meskipun sudah diangkat sebagai perayaan peringkat negeri sejak 2003 lagi. Baru-baru ini kerajaan negeri Sabah menetapkan 31 Mac sebagai tarikh sambutan tahunan Pesta Kalimaran dilihat penting bukan saja dalam pemeliharaan budaya malah sebagai satu lagi produk pelancongan yang unik di negeri berkenaan. -hmetro

Post a Comment