Malaysia mempunyai lebih daripada 800 buah pulau di kedua-dua belah semenanjung dan sekitar Borneo. Hampir sejuta penduduk tinggal di beberapa pulau dalam rumah kayu yang dibuat sendiri. Temui pulau-pulau yang paling indah di Malaysia dan apa yang menjadikan mereka begitu menarik untuk dikunjungi.

1. Langkawi

Pulau Langkawi sememangnya merupakan pulau yang paling popular di Malaysia. Menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam negara. Pelbagai events dijalankan di pulau ini. Tidak hairanlah pulau ini mendapat pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara.


2. Pulau Labuan

Pulau Labuan ini terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu, yang mana boleh diakses dalam hanya beberapa jam perjalanan bot. Feri yang menuju ke Brunei juga akan melalui pulau yang cukup mempesonakan ini.


3. Pulau Pangkor

Pulau Pangkor adalah sebuah pulau yang padat dengan sejarah kerana pada suatu ketika dahulu ia pernah dijadikan sebagai kawasan kubu pertahanan pihak Belanda daripada serangan musuh. Disebabkan itu, terdapat banyak lokasi-lokasi bersejarah yang menarik boleh dikunjungi di pulau ini seperti kota Belanda, Batu Bersurat dan kawasan Perkuburan Belanda.


4. Pulau Perhentian

Pulau Perhentian di luar pantai Terengganu adalah salah satu destinasi pulau yang terbaik di Malaysia untuk anda. Pencinta alam dasar laut perlu pergi sekarang juga ke Pulau Perhentian yang menawarkan beberapa peluang yang terbaik untuk menyelam dan snorkeling di pulau ini. Sama ada anda sedang mencari sebuah ketenangan ketenangan yang telah lama hilang dari bandar yang sibuk, pantai berpasir putih di Pulau Perhentian mempunyai segala-galanya untuk anda berseronok.


5. Pulau Mataking

Pulau ini sebenarnya terdiri daripada dua buah pulau iaitu Pulau Mataking Besar dan Pulau Mataking Kecil yang terletak berhampiran dengan sempadan Filipina. Untuk menuju ke pulau ini, anda perlu mengambil bot dari pekan Semporna, dan masa yang diambil untuk sampai ke pulau ini adalah dalam 40 minit.


6. Pulau Sipadan

Pulau Sipadan merupaka syurga menyelam untuk melihat hidupan marin yang menakjubkan. Pulau Sipadan mempunyai hidupan marin yang sangat kaya dan salah satu aktiviti yang sering dilakukan oleh para penyelam di pulau ini adalah mencari alam yang disebut baracudda tornado. Keindahan Pulau Sipadan sememangnya tidak boleh dinafikan khusus buat mereka yang mencintai aktiviti scuba.


7. Pulau Pom Pom

Pulau Pom Pom  terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Pulau Pom Pom Kecil dan Pulau Pom Pom Besar. Sebenarnya kedua-duanya terletak di dalam satu pulau yang kecil. Kedua-dua bahagian ini akan habis anda terokai dalam hanya sekitar 30 minit berjalan kaki. Pulau ini cukup kaya dengan hidupan marin dari spesies-spesies yang unik. Berdasarkan kajian yang pernah dilakukan, bilangan spesies ikan yang terdapat di sini adalah lebih daripada 220 kesemuanya, manakala terumbu karang pula lebih daripada 250 spesies.


8. Pulau Mantanani

Tidak ramai yang mengetahui kewujudan pulau yang indah ini. Pulau Mantananti menanti para pelancong yang bersedia meneroka rahsia pulau ini. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti aktiviti skuba dan melihat hidupan marin seperti dugong.


9. Pulau Redang

Pulau Menarik Di Malaysia Pulau Redang, bukan sahaja terkenal dengan pantai yang berpasir putih, pulau ini juga merupakan tempat yang baik untuk penemuan air. Sama ada anda mencari untuk pulau percutian yang santai atau yang ingin menghabiskan masa yang berkualiti dengan kawan-kawan anda atau keluarga, Pulau Redang adalah tempat yang sesuai untuk bercuti.


10. Pulau Rawa, Johor

Pulau Rawa di negeri Johor ini sama indahnya dengan Pulau Rawa di Terengganu. Pulau ini terletak dalam 16 km dari Mersing, Johor. Kawasan di sekitarnya dikelilingi oleh lautan yang biru dan dalam. Pulaunya pula mekar dengan hutan yang mengijau untuk diterokai bagi yang suka akan aktiviti lasak.


11. Pulau Tioman

Pulau Tioman merupakan salah satu daripada pulau-pulau di Malaysia yang anda tidak harus melepaskannya. Pulau yang sangat cantik adalah tempat terbaik untuk percutian yang santai di pantai yang memutih disinari cahaya matahari yang mengagumkan menghadap ke air laut yang biru jernih. Tersenarai sebagai antara pulau paling indah di Malah Times.


12. Pulau Tiga

Terumbu karang yang mengelilingi pulau ini adalah rumah bagi banyak spesis ikan dan hidupan marin yang lain. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah menyelam, sukan air tidak bermotor, menjelajah, melihat burung dan banyak lagi.


13. Pulau Lankayan, Sabah

Sebuah pulau kecil yang terletak di Laut Sulu, Pulau Lankayan adalah syurga pulau yang menarik sesuai untuk pasangan penganti baru berbulan madu, keluarga dengan anak kecil untuk bercuti serta peminat menyelam. Lankayan Island Dive Resort adalah satu-satunya resort di pulau ini, mempunyai 24 unit menghadap pantai, banglo, chalet dengan akses terus ke pantai. Setiap chalet dilengkapi dengan balkoni peribadi yang menghadap ke pantai berpasir putih yang bersih dan air lautan biru.


14. Pulau Kapas, Terengganu

Pulau Kapas ini memiliki sebuah pantai yang cukup tenang dimana anda sekeluarga dapat mendamaikan fikiran sambil melihat keindahan pokok-pokok kelapa yang melambaikan daunnya di samping keindahan kawasan perairan di sekitar yang meriah dengan pelbagai hidupan marin.


15. Pulau Tenggol

Pulau Tenggol adalah sebuah pulau yang indah di luar pantai Terengganu, terletak kira-kira 14 batu nautika dari Kuala Dungun. Ia adalah rentetan terakhir pulau yang berkongsi pantai yang sama dengan Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

Salah satu daya tarikan utama Pulau Tenggol adalah ia masih tidak dicemari dan kekal dengan keadaan asal. Sebuah pulau dara disokong oleh pantai berpasir putih dan air yang jernih bersih dengan tebing curam, hutan sebagai latar belakang, ia pasti tempat percutian yang menyeronokkan jauh dari bandar yang sibuk.


Post a Comment