Pesta Ka'amatan antara 6 perayaan utama yang disambut peringkat kebangsaan yang dapat mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia. Pesta Ka'amatan  disambut di Sabah dan Labuan pada 30 dan 31 Mei setiap tahun. Ia merupakan perayaan bagi kaum Kadazandusun tetapi turut dimeriahkan oleh kaum-kaum lain yang terdapat di Sabah dan Labuan.

Sambutan Pesta Kaamatan menjadi acara tahunan Kerajaan Negari Sabah. Pelbagai aktiviti dirancang bagi memeriahkan sambutan perayaan ini dan seterusnya mengukuhkan perpaduan kaum di Sabah.

Pesta Kaamatan ini disambut oleh kaum KadazanDusun sebagai meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh kaum-kaum lain di Sabah.  Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan.

Ketika sambutan pesta Kaamatan, penduduk Sabah khususnya kaum KadazanDusun mengenakan pakaian tradisi mereka.  Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.

Perayaan ini berkait rapat dengan penanaman padi beras yang merupakan tanaman utama di Sabah. Pesta Ka’amatan menandakan kitaran akhir penanaman; dengan kata lain masa untuk penuaian.

Selain menjadi sumber utama makanan, beras dianggap suci kerana dipercayai tersemat semangat Huminodun. Huminodun merupakan satu-satunya anak perempuan Kinoingan, Pencipta Yang Maha Esa, yang telah dikorbankan oleh bapanya sendiri untuk memastikan bahawa umatnya tidak akan kebuluran semasa musim panjang kemarau. Bahagian-bahagian badannya telah dikebumikan di seluruh tanah dan kemudian keluar berkembang sebagai padi (beras). Sejak itu, mereka menghormati amalan korban Kinoingan dengan mengadakan pelbagai upacara seperti Magavau dan Humabot sepanjang perayaan ini.

Majlis Magavau adalah adat yang di amalkan untuk menjemput Roh Padi, merupakan salah satu upacara yang paling penting di amalkan semasa perayaan.Tanpa kehadiran Roh Padi, sambutan tidak boleh di teruskan. Secara tradisinya, Upacara Magavau dijalankan di sawah padi pada bulan penuh yang pertama selepas musim menuai.

Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh seorang pahlawan lelaki akan membaca mentera sambil berarak perlahan-lahan melalui ladang-ladang sambil menawarkan makanan berkualiti terbaik – daging, ayam, telur, tembakau yang terbaik serta wain beras yang paling unggul. Hari ini, majlis ini hanya di jalankan didalam rumah sebelum sambutan secara rasmi bermula.

Dengan penurunan amalan animisme, beberapa ritual Ka’amatan turut dilupakan; Walau bagaimanapun,  ada yang masih amalkan. Dalam pada itu, sambutan itu tidak akan lengkap jika Sugandoi (pertandingan karaoke) dan Unduk Ngadau  (ratu cantik) tidak di adakan. Bagi kebanyakan mereka, dalam kata lain, Pesta Kaamatan adalah masa untuk memohon kemaafan dari rakan-taulan dan peluang untuk mengukuhkan persahabatan.

Rancang percutian anda untuk mendekati labih lanjut budaya kaum Kadazandusun yang akan menyambut Pesta Kaamatan pada bulan Mei ini.


Baca juga di https://publicholidays.com.my/ms/harvest-festival/

Post a Comment