Lebih-lebih lagi, sebaik keadaan hiruk-pikuk seharian mulai perlahan-lahan sunyi dirasai saat menunggu detik senja. Di puncak bukit itu, sesiapa saja pasti menikmati angin bertiup perlahan dengan pesona matahari terbenam pada ketinggian 2,050 meter dari aras laut.
Peak of hope, atau dalam bahasa Melayu, Puncak Harapan terletak di Kampung Mosung, Tuaran kira-kira 40 kilometer dari Kota Kinabalu dan dibuka kepada orang ramai sejak Oktober 2018.
Bagi yang mencari lokasi riadah dan santai di hujung minggu terutama pada waktu petang, Peak of Hope pastinya tidak akan mengecewakan.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Antaranya aktiviti barbeku. Terdapat juga aktiviti lasak yang boleh dilakukan seperti mengelilingi puncak menggunakan Quad Bike.
Peak of Hope dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 7 malam manakala bayaran dikenakan kepada kanak-kanak 8 tahun sehingga 12 tahun adalah RM10, Dewasa RM20 dan bagi orang kurang upaya (OKU) serta kanak-kanak tujuh tahun ke bawah adalah percuma.
Post a Comment