Bukit Maragang adalah salah satu tarikan baru di Mesilou, Kundasang. Bukit ni baru dibuka kepada orang ramai pada September 2017.

Tempat ini merupakan pusat riadah yang mencabar sebab anda akan melalui pendakian sehingga ke puncak. Namun rasa penat anda akan terubat oleh keindahan persekitaran yang memukau.

Untuk ke tempat ini anda akan dikenakan sedikit bayaran untuk guide yang akan menemani anda sepanjang perjalanan. Berikut adalah bayaran yang dikenakan mengikut pekaj.

Normal trail 4km [ 3 - 4 jam ]
Naik dan turun di laluan yang sama

Bayaran untuk setiap pendaki :-
1. Yuran konservasi
      RM : 10.00 seorang
2. Bayaran guide [ 1 - 5 orang ]
      RM: 70.00
       Bahagi 5 orang
       RM14.00 seorang
3. Bayaran  pengangkutan
RM 30.00 bahagi 5 orang
Rm6.00 seorang.
Bayaran untuk setiap pendaki ialah
10 +14 + 6 = Rm30.00 seorang


Loop trail 4.3km [ 4 - 5 jam ]
Naik di laluan normal turun di laluan lain

1. Yuran konservasi
      RM : 10.00 seorang
2. Bayaran guide [ 1 - 5 orang ]
      RM: 100.00
       Bahagi 5 orang
       Rm 20.00 seorang
3. Bayaran pengangkutan
RM 40.00 ÷ 5 orang
Rm 8.00 seorang
Bayaran untuk setiap pendaki adalah
10 + 20 + 8 = Rm : 38.00

Maklumat lanjut hubungi pengurusan Maragang Hill.

Post a Comment