Tawau bukanlah destinasi pelancongan yang popular tetapi mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Tidak banyak destinasi menarik yang terdapat di Tawau walau bagaimanapun pengunjung masih boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menarik. Pastinya sekali datang Tawau, pengunjung akan kembali sekali lagi terutama sekali para pengunjung yang sukakan aktiviti lasak.

Di sini saya cuba senaraikan beberapa tempat menarik di Tawau sebagai rujukan ringkas bagi yang kali pertama hendak berkunjung ke Tawau.

1. Bukit Gemok
Bukit Gemok merupakan hutan simpan. Bagi pencinta kehijauah, Bukit Gemok merupakan destinasi yang ideal. Pemandangannya sangat menarik. Perjalanan memandu kereta ke Bukit Gemok dari bandar Tawau adalah lebih kurang 20 minit.

Tempat seperti Bukit Gemok menarik perhatian pelancong ke Tawau. Bilik-bilik hotel ditawarkan dengan kadar terendah di Agoda.com  dengan kebanyakannya berada di kawasan sekitar Tugu Peringatan dan Mercu Tanda Tawau. Pelbagai pilihan hotel boleh didapati berdekatan Bukit Gemok, daripada yang murah seperti Rooms sehingga ke hotel mewah Promenade Hotel Tawau.


2. Kolam Air Panas
Dahulunya Kolam Air Panas ini tidak dipelihara dan berada dalam keadaan yang tidak cantik. Namun begitu, ia telah dimajukan oleh sebuah syarikat swasta iaitu Rekobumi Sdn. Bhd. dan baru beroperasi Jun 2011 ini. Taman ini meliputi seluas 16.2 hektar dan terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Tawau.

Hasilnya adalah terdapat landskap bunga-bunga yang tersusun rapi dengan pohon renek sebaik sahaja memasuki pintu masuk taman. Pengunjung juga boleh menikmati kesegaran udara hutan kecil yang berhampiran yang diliputi dengan pokok-pokok kayu tropika.

Selain itu, terdapat juga petak-petak kolam air panas yang mempunyai kepanasan yang berbeza iaitu dari 30 darjah Celcius hingga 60 darjah Celcius yang sesuai semua peringkat umur berendam di dalamnya yang dipercayai baik untuk kesihatan termasuk kulit.

Trek berjoging juga disediakan dan kepada pengunjung yang ingin bersantai terdapat lebih 20 pondok rehat yang disediakan. Selain itu, tempat penginapan juga disediakan kepada pengunjung yang ingin bermalam di sini


3. Muzium Koko Teck Guan
Muzium Koko Teck Guan merupakan salah satu daripada tempat yang paling terkenal di Tawau. Muzium Koko Teck Guan terletak kira-kira 3 kilometer dari bandar Tawau menuju ke Tanjung Batu Laut mengambil masa kira-kira 10 minit dari pusat Bandar Tawau yang berada di sebelah kanan Majulah Koko yang mula beroperasi sejak tahun 2002.

Pihak muzium juga menerangkan cara-cara memproses koko hinggalah salah satu produk itu terhasil. Selain itu, cara-cara untuk menyediakan makanan ringan yang diperbuat daripada koko juga di ajar kepada pengunjung.

4. Taman Bukit Tawau
Taman Bukit Tawau terletak kira-kira 22 Kilometer dari bandar Tawau. Taman Bukit Tawau merupakan pusat ecopelancongan yang menjadi kawasan habitat flora dan fauna. Taman ini merupakan rumah kepada pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Orkid tanah rendah banyak terdapat di Taman Bukit Tawau dan paling menakjubkan adalah Orkid Telinga Gajah.

Taman ini merupakan tempat popular untuk keluarga dan rakan-rakan untuk berkelah atau melakukan aktiviti mencabar seperti aktiviti hiking atau berkhemah semalaman. Taman ini menjadi tumpuan pengunjung pada hujung minggu terutama pada musim cuti persekolahan.

Bagi pengunjung diluar Tawau, terdapat banyak hotel yang berdekatan dangan Taman ini daripada hotel murah sehinggalah ke hotel mewah.



5. Maliau Basin
Maliau Basin juga dikenali sebagai 'Sabah's Lost World'. Keluasannya dijangka melebihi keluasan Singapura yang terletak kira-kira 40 kilometer dari sempadan utara Kalimantan dan perlu memandu kira-kira 4 hingga 5 jam dari bandar Tawau atau Keningau. Kereta yang bergear rendah sahaja yang digalakkan kerana perlu mengharungi jalan-jalan hutan.

Ini kerana is terletak di tengah-tengah hutan yang menyebabkan ramai orang tidak mengetahui kewujudannya. Ia merupakan salah satu kawasan yang amat cantik dengan keadaan sekelilingnya dan juga bentuk air terjunnya yang bertingkat-tingkat.



6. Balung River Eco Resort
Satu tempat yang tenang, jauh dari kawasan kebisingan bandar selain bunyi unggas. Udara di sini juga sangat nyaman kerana jauh daripada pencemaran.

Pengunjung boleh bermalam di sini kerana tempat ini menyediakan penginapan yang selesa. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti mandi di kolam renang, mandi di sungai yang nyaman lagi sejuk. Jika kebetulan musim buah penjungung dapat menikmati buah-buahan eksotik yang terdapat di sini.


Banyak aktiviti boleh dilakukan di Tawau. Dapatkan maklumat sebelum pergi, teroka bandar seperti pro. Apabila sedia untuk membuat tempahan, Agoda akan mencari hotel terbaik di Tawau.

Post a Comment