1. Lata Iskandar

Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam semulajadinya yang mengagumkan dan mudah untuk dikunjungi. Terletak di pertengahan jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands, air terjun ini mempunyai kolam-kolam takungan di setiap hujung barisnya, menyediakan satu tempat mandi yang sesuai untuk seisi keluarga.

Pengunjung boleh mengambil peluang untuk bermandi-manda di dalam airnya yang sejuk dan segar, yang terbit dari kawasan pergunungan.

Bagi pencinta alam pula, sedikit masa yang diluang melalui denai-denai hutan yang telah disediakan akan membawa anda kepada keseronokan dan kekayaan flora dan fauna di sekeliling air terjun tersebut.

Di bahagian bawah air terjun ini, terdapat bazar-bazar kraftangan yang menawarkan pelbagai hasil kraftangan yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Hasil-hasil kraftangan di sini bermutu tinggi terutamanya hasil-hasil kraftangan oleh Orang Asli. Deretan gerai-gerai yang menyediakan minuman dan makanan ringan juga telah didirikan berhampiran kawasan air terjun untuk keselesaan orang ramai yang singgah untuk menikmati keindahan Lata Iskandar.


2. Air Terjun Ulu Chepor

Air terjun Ulu Chepor terletak di Chemor, negeri Perak, Malaysia. Flora dan faunanya masih terpelihara dari pencemaran alam sekitar dan lebih menarik lagi terletak kira-kira 10 km dari bandar Ipoh .

Air terjun ini menyediakan kawasan rekreasi yang menarik seperti pondok rehat, kerusi meja dan tempat persalinan . Sebuah pintu gerbang yang menarik juga telah dibina.


3. Lata Kekabu

Hutan Lipur Lata Kekabu terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau dan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat air terjun yang cantik kira-kira 50 meter tinggi dan sungai yang bersih mengalir di kawasan ini. Kawasan ini sesuai dikunjungi untuk bersiar-siar, berehat dan berkelah pada hujung minggu. Kemudahan tapak khemah, dewan serba guna, surau serta bilik mandi disediakan untuk kemudahan pengunjung yang ingin tinggal lebih lama atau untuk menjalankan berbagai bentuk aktiviti pendidikan, rekreasi dan riadah.



4. Taman Eko-Rimba Lata Kinjang

BAGI pengguna lebuh raya utara selatan yang menuju ke utara, apabila menghampiri hentian rawat dan rehat (R & R) Tapah, mesti terpandang air terjun yang memutih.

Aliran air yang mengalir melalui takat terjun membentuk kolam kecil secara semula jadi setiap takat memberi keselesaan kepada pengunjung menikmati kesegaran dan kesejukan air terjun membuat kita berasa tenang di samping menikmati suasana alam yang terdapat di sini.

Terdapat banyak pondok untuk keselesaan orang ramai dibina sejak pusat perkelahan di sini dibuka menjadi taman eko-rimba oleh Jabatan Perhutanan negeri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah.





Post a Comment